PENAFIAN

SKMB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan maklumat yang dicapai melalui Blog ini. SKMB juga tidak akan bertanggungjawab diatas segala maklumat yang terpapar di Blog ini. SKMB bertanggung jawab hanya ke atas maklumat yang ditulis atau dicatat oleh SKMB sahaja.

Friday, April 24, 2009

Gambar sekitar aktiviti Kursus Pengakap 1

Kursus ini telah diadakan di SMK Tun Abg Hj Openg..
Bermula hari Jumaat - Ahad (17hb - 19 hb April 2009)

Sorotan Aktiviti Vol. 1


Pendaftaran - Ice Breaking

Perbarisan

Aktiviti di Dewan

SKMB

Saturday, April 18, 2009

Kursus Latihan Ketua-Ketua Patrol Daerah Petra Jaya


Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Petra Jaya, Kursus Latihan Ketua-Ketua Patrol
Kursus Ketua Enam Sekawan
17-19hb April 2009
Di SMK TAHO

Sk Matu Baru menghantar penyertaan paling ramai berbanding sekolah yang lain..
Dipimpin oleh Cikgu Mazenah Abang dan Wan Amiruddin Wan Ismail..


SKMB

Wednesday, April 15, 2009

Keputusan MTAQ Tilawah Sekolah Rendah MTAQ

Keputusan MTAQ Bahagian (Daerah) Kuching yang diadakan di SMKA Matang bebaru nih..

SKMB yang menghantar wakil Tilawah al-Quran Peringkat Sekolah Rendah mewakili Zon B (Kuching).

Adik Jazlan yang mewakili SKMB membaca surah al-Maidah mendapat tempat yang kedua dengan markah 66. Tewas kepada pelajar dari SK Tan Sri Hj Mohd, Taman Malihah dengan markah 67.

Insya allah, dengan pengalaman yang Adik Jazlan dapat semasa pertandingan tersebut akan memantapkan dirinya terutama dalam Tilawah al-Quran.

Terima kasih kepada semua samada guru mahupun pentadbir yang banyak membantu.. Panitia Agama Islam dan khususnya kepada Tn Hj Hashim, Guru Besar SK Matu Baru.




SKMB

Wednesday, April 8, 2009

SKMB Mewakili Zon B (Tilawah al-Quran)


مجليس تدارس القرءان

سكوله٢ كمنترين فلاجرن مليسيا

فريغكت كوجيغ كالي ك - 35

Bertempat di

SMKA Matang, Kuching

9 April 2009

Pada esok hari Majlis Tadarus al-Quran peringkat Bahagian (Daerah) Kuching... Jam 8.00 pg

Adik Jazlan dari Kelas 6 Amanah akan mewakili Sk Matu Baru juga mewakili Zon B dalam Pertandingan Tilawah al-Quran.. Adik Jazlan akan membaca Surah al -Maidah dalam pertandingan tersebut.. Pihak sekolah mengharapkan adik Jazlan dapat buat yang terbaik dan terpilih mewakili Bahagian (Daerah) Kuching ke pertandingan peringkat Negeri Sarawak yang acaranya akan diadakan di Sibu pada akhir bulan April 2009 nanti.

Difahamkan acara Tilawah tersebut akan dijalankan di Dewan Serapi SMKA Matang.

Dewan Serapi SMKA Matang

Buktikan SK Matu Baru boleh....... Kita Boleh


SKMB

Friday, April 3, 2009

Tahniah Warga SKMB

الســـــــــلام عليكم

Salam Perpaduan...


30 Mac 2009
Bertempat di SK Pulo, Kuching..
Majlis Tadarus Al-Quran, Nasyid Zon B Kuching 2009/1430H

Sejarah dilakarkan.....

Tahniah diucapkan atas kejayaan menjuarai kategori Nasyid peringkat Zon B (Kumpulan Nur Islam) dengan mengalahkah juara tradisi Zon B iaitu SK Gersik.. Kejayaan yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama kumpulan nasyid SKMB sekadar menduduki tempat ke dua dan ke tiga sahaja...



Begitu juga dengan Tilawah al-Quran... SKMB juga melakarkan sejarah dengan menjadi Juara Tilawah al-Quran Zon B (Jazlan bin Jobli), sekaligus wakil Zon B ke peringkat Bahagian Kuching pada 8 & 9 April 2009 bertempat di SMK Agama Matang Peringkat Bahagian Kuching.

Manakala Peringkat Bahagian Kuching Festival Nasyid SMK & SK di SMK Bandar Kuching No. 2 pada 20 - 22 April 2009.

Tahniah sekali lagi diucapkan untuk semua Warga SKMB, terutama pada semua Guru Pendidikan Islam.. juga pada Tuan Guru Besar, Tn. Hj . Hashim di atas dorongan beliau..


Teruskan usaha... Buktikan 'Kita Boleh'.....



SKMB

Monday, March 16, 2009

Selamat Bercuti


الســـــــــلام عليكم


Salam Perpaduan


Kepada Warga Pendidik SK Matu Baru Khasnya
&
Warga Pendidik Seluruh Bumi Kenyalang serta Malaysia


SELAMAT BERCUTI

(14 Mac hingga 22 Mac)


Untuk Guru-Guru yang menduduki PTK
Selamat Menjawab...



aMieyR

Thursday, March 5, 2009

Kenangan SKMB......




Yang Lama tu......
(Diambil pada tahun 2005)



SKMB