PENAFIAN

SKMB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan maklumat yang dicapai melalui Blog ini. SKMB juga tidak akan bertanggungjawab diatas segala maklumat yang terpapar di Blog ini. SKMB bertanggung jawab hanya ke atas maklumat yang ditulis atau dicatat oleh SKMB sahaja.

Friday, April 3, 2009

Tahniah Warga SKMB

الســـــــــلام عليكم

Salam Perpaduan...


30 Mac 2009
Bertempat di SK Pulo, Kuching..
Majlis Tadarus Al-Quran, Nasyid Zon B Kuching 2009/1430H

Sejarah dilakarkan.....

Tahniah diucapkan atas kejayaan menjuarai kategori Nasyid peringkat Zon B (Kumpulan Nur Islam) dengan mengalahkah juara tradisi Zon B iaitu SK Gersik.. Kejayaan yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama kumpulan nasyid SKMB sekadar menduduki tempat ke dua dan ke tiga sahaja...



Begitu juga dengan Tilawah al-Quran... SKMB juga melakarkan sejarah dengan menjadi Juara Tilawah al-Quran Zon B (Jazlan bin Jobli), sekaligus wakil Zon B ke peringkat Bahagian Kuching pada 8 & 9 April 2009 bertempat di SMK Agama Matang Peringkat Bahagian Kuching.

Manakala Peringkat Bahagian Kuching Festival Nasyid SMK & SK di SMK Bandar Kuching No. 2 pada 20 - 22 April 2009.

Tahniah sekali lagi diucapkan untuk semua Warga SKMB, terutama pada semua Guru Pendidikan Islam.. juga pada Tuan Guru Besar, Tn. Hj . Hashim di atas dorongan beliau..


Teruskan usaha... Buktikan 'Kita Boleh'.....



SKMB